Dari Mata Seorang Muslimah

Hayatilah….Fahamilah….Renungilah….

Cut and Paste

Salaam…

Let me share this article by Utz Zaharuddin

Semoga ia menaikkan semangat kepada wanita-wanita yang membacanya…termasuk penulis sendiri (amin!) untuk berhijrah kepada wanita yang lebih baik dari hari-hari yang sudah berlalu…

 

*****************************

Tak Mahu Hipokrit, Akhirnya Bertambah Dosa

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

SOALAN

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin…

- Diera -

 

JAWAPAN

Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-

1)     Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit  serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

 

Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.

Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal’ di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK.  Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan  yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.  

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.

Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri’, ‘tidak ikhlas’ dan ‘tidak mahu hipokrit’ itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.

 

2)            MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.

Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.

Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu’ SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.

Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.

Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi’

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha

Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Sabda Nabi :-

خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya  kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

 

3)     WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.

Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, “kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit”, ia telah kita bincang di atas tadi.

Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.

Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama,  saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :

Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.

Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai  syaitan iaitu seksi.

Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.

Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.

 

4)            BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.

Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.

Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.

Selamat BEPRUASA SUNAT HARI TASYU’A DAN ASYURA.! (9 dan 10 Muharram iaitu pada 26 dan 27 Disember 2009 )

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

9 Muharram 1431

26 Disember 2009

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

:D:D

Assalamualaikum..

Will be away for the next two weeks insyaAllah..

I’m off to here…

                                                                        Sawadikaapp

And I’m hoping to get on one of these….

.

.

.

.

elephants

Yep…in my long skirt, big willowy hijjab and all….mudahaann sampai hajat..

:D

Have a good holidays people..

 

Wassalamm

 

4 Comments
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Eid Mubarak

                                                                   Unta

 

Hehe…isn’t he cute? Grabbed the pic from someone’s fb.

Selamat menyambut EidhulAdha everyone….

May you have a joyous one, dipenuhi dengan keberkatan dan keampunan Allah. Ameen.

-muslimahmelayu-

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Illegal driver

Assalamualaikum…

I happily went to work today. Know why I was so happy?? Coz today is the last day of the O level exam.

Yahooooooooo :D :D

So meaning today is also the last day of me being an exam invigilator. Seriously…watching a group of students thinking for hours…is not fun.

However, the brighter side of being an exam invigilator is that one get paid for it. Hehe. So we had to hand-in our claim form to our cheif before we left the exam hall today. Our chief gave us a list of things that we must hand in along with our claim form. They are:

  1. Salinan Surat Lantikan menjadi Pengawas Peperiksaan (checked)
  2. Salinan IC (Checked)
  3. Salinan Buku Bank (checked)
  4. Salinan Blue Card kereta (checked)
  5. Salinan lesen memandu yang sah (checccccckk……..waaaaiittt aaa miniiiitttt)

*Rub eyes a few times*

NO WAY!

*Look at expiry date of my licence*

INDA KAAANN!!

Apeeehhhh…

It saysss……

 

29-08-2008

I’ve been driving illegally for a year pluss??

Reallyy??

Howww??

>_<

OOOOpppSSSss!

 

 

Soooooooo Off I went to JPD..

Pegawai 1: Ehhhh setahun labih ni ko inda belesen ani.

Me: Nods sheepishly

Pegawai 2: Kenapa batah inda bebayar atu?

Me: *whispers* lupakuu…indaku sadar.

Pegawai 2: Patutnya ko ani ke Sg.Akar ni.

Me: Apa ada di Sg. Akar ka?

Pegawai2: Disana tu lesen2 yang bermasaalah.

Aiiiiiii….kira bermasaalah kah my lesen ani….its a bit late jua sajaa.

Me: Cemanatah ni ka?

Gave her a look that says ‘kaa pleasee…inda ku buat lagii..insyaAllahhh’

Pegawai2: Bah tunggu sekajap…aku kedalam dulu.

Alamakk.

Wait for 5 minutes…

She came back.

Pegawai 2: Bah inda apa….sini tah saja..bayar saja $30 untuk lesen mu ani.

I gave her my $30 and waited for her to say more.

Pegawai2: Bah siap udah tu. Ok udah.

Me: OH! Terima kasih kaaa!

PHEW!!

 

So what can you learn from this post??

1) Checkk lesen kamu…checkkkkk

2) Ask everyone you know to remind you every now and then to checkkkkk your licence.cheeckkkk. LOL

3) And also….ask everyone you know to remind you to check the expiry date of your car insurance  road taxas wellllll. My car was insurance-less road-tax-less for half a year last year. I only realised about it when lil birdie pointed it out. hehe. Jazakillah khayran to YOU.

Soo yarr…thats my story for today. Semoga bermanfaat. hehe

 

Edited: It was road tax not insurance lol. Idont know why…i kept on thinking the two are of the same thing. hehe

8 Comments
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Ask me..

Assalamualaikum

If you know me…ask me for the password of the post below. But I’m very particular of who can read it…so I cannot guarantee that I will allow you to read it even IF we do know each other. :)

2 Comments
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Protected: For my special ones…

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Enter your password to view comments
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Tazkirah buat penulis…

Assalamualaikum,

Kadangkala, kita terasa semua yang berlaku disekeliling kita adalah disebabkan oleh perancangan kita yang sebegitu rapi. Kebijaksanaan kita menyusun semua kemungkinan-kemungkinan hingga menyebabkan matlamat yang kita nak itu terjadi dengan jayanya.

Kita pun berkata, “Aku sungguh bijak dalam menyusun strategi…semua beres…semua berjaya…tengok tu hasilnya.”

Atau kita mungkin berkata, “Kalau bukan aku yang buat…atau fikirkan semua ni…plan ni tak kan berhasil. Langsung! ”

Atau pun, “Tanpa aku, mereka tak kan mampu teruskan semua ni.”

Kita pun tersenyum bangga.

Sebenarnya…itu semua adalah kehendakNYA. Kejayaan kita tu memang Allah dah tentukan berjuta-juta tahun dahulu. Jadi kita nak bangga buat apa? Allah yang gerakkan minda kita untuk mengeluarkan ide-ide yang bernas. Bukan kita sendiri yang keluarkan punn.

Apabila kita mula berasa bangga dengan kejayaan yang kita kecapi, sungguh kita termasuk didalam golongan orang-orang yang lupa dirinya memerlukan Allah untuk bergerak, berfikir hatta menggerakkan kelopak mata sekalipun.

Relakah kita untuk termasuk didalam golongan yang lupa bahawa Allah itu Al-Baari (Maha Mengadakan) dan Al-Wali (Maha Memerintah)?

Sungguh manusia adalah hanya salah satu dari makhluk Allah yang tidak mempunyai apa-apa kuasa pun.

Memalukan sungguh perasaan bangga tersebut! Secara suka rela kita berdiri sebaris dengan Iblis laknatullah yang bangga akan kejadiannya lalu melanggar perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam ‘Alaihisalam.

Usah hairan dengan diri sendiri! Usah memuji diri sendiri samaada didalam hati atau dilafazkan!

Berbangga dengan diri sendiri ini mencerminkan sikap kita yang selalu lupa akan pentingnya bertawakkal kepada Allah, bergantung harap hanya kepada Allah. Mana tak, asyik percaya diri sendiri yang hebat. Sebab tu lah Allah beri ujian kat point-point tertentu dalam hidup kita, supaya kita sentiasa ingat untuk berbalik kepadaNYA. Memang Allah sayang sangat akan kita dan di beriNYA notis-notis peringatan disepanjang perjalanan. Kalau tak…tentu kita lalai dan menyimpang kat lain plak.

Amat rugilah kita jika melihat hidup ini sebagai satu medan perlumbaan hal-hal duniawi. Perlumbaan harta siapa paling banyak, ide siapa paling hebat, atau siapa yang paling popular.

Dan bukan perlumbaan ukhrawi. Perlumbaan amalan siapa paling banyak, siapa yang paling banyak hafal hadith, ayat-ayat Qur’an dan kisah-kisah Rasulullah.

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan”.

(Surah Al-An‘am: 32)

Luqman Al-Hakim ada memberkan nasihat panjang kepada anaknya yang di riwayat oleh Al-Muharbi, daripada Sufyan Ats-Thaury. Antara kata-kata hikmahnya adalah: 

“Hai anakku!, barang siapa yang memikul sesuatu dan dia tidak terdaya, akan menjadi lemah dan barang siapa yang berasa kagum dengan dirinya sendiri akan binasa. Dan barang siapa yang bersikap takbur serta menyombong diri terhadap manusia akan menjadi hina.

 

Amat tajam pemikiran Luqman Al-Hakim. Memang benar, apabila kita berasa kagum dengan diri sendiri, kita akan sentiasa memandang pendapat dan nasihat orang lain sebagai remeh-temeh. Walhal, orang itu mungkin benar-banar ikhlas menasihati kita. Semua ni akan memakan diri kita sendiri. Membinasakan kita.

Begitu juga dengan sikap takbur dan menyombong diri…ahhh jika ada dua sikap ni didalam diri kita…kompom ada lah yang tak suka dengan kita. Hina lah kita dimata orang tu.

 

                                                                    sombong

Post ini hanya satu peringatan untuk penulis. Semoga yang membaca mendapat manfaat darinya. :)

Wassalam…

2 Comments
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Beauty is in the eyes of the beholder

Assalamualaikum

Khaifa Hal everyone? How time flies so quickly, Ramadhan and Syawal came and went within a blink of the eye and now we are in Zulqaedah! Waahh.  (Afwan jiddan jiddannnn sbb lama inda post anything…so this is for you, you and you oh and you yang ehem ada betanya quite a few times on when will I start posting again hehe.)

Anyway, the other day my sis was saying to me that most of my baju raya-s are ala2 jubah. Too simple she said. I like it baah. I could move about bagi angpau and buka tempat kueh without having to tarik2 my baju everytime. :)

But I guess I looked plain next to the very fashionedly designed baju rayas. I used to love them very much….but now…I don’t quite know what to do with them anymore. It’s either I wear its kain over a long baggy shirt OR I wear its top and match it with my long skirts. Yep its all about mix and match.

I remember a time when my female colleagues and I were talking about fashion baju raya and a male colleague overheard us. He then said, “Kenapakan bini-bini pakai baju yang macam2 fashionnya ani? Mahal lagi tu.”

I said, “Hmm antah. We just love them.”

Then he said, “Kami, laki-laki, mana kami notice tu baju kamu macam2 ah. Macam samaaa saja semua usulnya perasahanku. So if kami laki2 inda notice….untuk siapatah tu kamu belawa2 cematu atu? Untuk kamu sendiri-sendiri lah tu ah.”

Waah. Pedas bin Cili Api

But his comment did stop me short.

Kenapa banar ah? Memang fitrah wanita suka bercantik-cantik. But is this reason good enough for us to splurge so much onto our outfits? (Really I’m talking to myself here……)

Beauty or wanting to look beautiful is synonymous to women. But how do we define beauty anyway?

My current definition of ‘beauty’ is very different from a year or two ago. Back then, I always thought a girl is considered beautiful when she’s fair but very Malay looking (don’t ask me why), slim and tall with super straight, long hair. So think of Eja…that m’sian actress….I think she’s very beautiful.

And now?? Hmm…lets just say I’ve stopped judging beauty based on physical appearances  alone quite a while ago. When you learn Islam the way how you are supposed to learn it, you will judge beauty through the eyes of Islam. And that is the way how it is supposed to be. My definition of beauty now is not as narrow as before anymore.

Now, the more a person complies with the Islamic way of life….the more the person seems beautiful to me. If this sounds cliche’ to you…well…all I can say is beauty is a subjective thing. But I really really think orang2 yang banar2 ikut cara Islam ani lawa sangat-sangat. Tutur bahasanya lemah lembut…then when they talk…they always have a point. It isn’t just some empty points like the weather.

And when I talk to these beautiful people, I will always be in awe. Especially if the other party is younger than me. Listening to them giving their point of views on anything Islamic related, with such passion and vigour, with that light in their eyes, I certainly can’t help but feel drawn to them. Probably because I’d be half wishing I was like that when I was younger. Regardless of whether they are fair or not, tall or not, their love for Allah Al- Mighty shone through their eyes….and that is  definitely very beautiful to me.

I guess it’s that ‘nur’. The nur that Allah bestowes onto the faces of those who makes sure that they are always in a state of cleanliness (wudhu). That calmness that they exudes from the Tahajjud that they perform in the serenity of the night. Or maybe it’s their voice….the soothing voice of one with a high level of akhlak. The way how they always make sure that your needs are fulfilled first before theirs (i.e.itsar). Combined with the fluentness of their tongues when they exercise tadabbur Al-Quran that makes them look so very serene. That makes you just want to keep on looking at their faces and try to look for what exactly it is that makes them look so beautiful, is it their eyes? their smiles? nose? cheekbones maybe? Only to realise that…they are just mysteriously beautiful. It’s that ‘there’s-something-about-her-but-I-can’t-put-my-finger-on-it’ feeling. You know what i mean?

I remember talking to a young sister a few weeks back….merrily talking to her when I suddenly noticed her eye lashes. I thought “Lawa…panjang eye lashes nya. And very thick.” When she looked down, her eye lashes actually cast a shadow onto her upper cheek bones. Ever since then, I kept on noticing her eye lashes.

The other day, I was talking to another muslimah. I looked at her, her face free from make-up. But I thought, “There’s something about her.” Suddenly i found it. It’s her eyes….very round and dark. When she looked at you, her dark eyes makes you want to keep on looking at her. Very mesmerising.

This wasn’t the first time I noticed the beauty of a muslimah when they are free of make-up. Praise to Allah, HE has created women each with their own special beauty. Sesungguhnya setiap manusia yang diciptakan Allah itu mempunyai kelebihan masing-masing. It’s there belive me….. it’s there. So girls….quit feeling self-conscious of your own looks yea….lawa tuuu kompom. :D

Hence, it is not a wonder why men aren’t supposed to look at women more than once.  Their iman will be tested when they do – even once!. Women are definitely ‘perhiasan dunia’. And the BEST perhiasan dunia is wanita solehah.

wanita-perhiasan

 

 As I said earlier, beauty is a subjective thing. So the things that I write here will be based on my point of view as well as some readings that I referred to.

I was asked once on what type of guys do I think yang ‘bisai’. My response was…” Yang paling-paling kurang ia sembahyang lima waktu.”

The person who asked immediately said, “Waahh atu yang kurang wah? Ertinya kalau boleh more lah tu ah. Eh payah tu eh.”

Leerrrr

Then the person continued, “Laki-laki yang paling inda bisai?”

I said, “If I see him time sembahyang Jumaat jalan-jalan. Walau macam Brad Pitt….inda lawa tah tu jadinya.”

True what?

If the guy cant even be bothered with a once-a-week prayer….I’m sure he hardly performs all of the 5 obligatory prayers daily. Seriously, would you want to be with someone whom you have to remind him daily to perfom the  Maghrib prayer? In which he might say to you, ”Karang saja ku qada.”

>_<

Alaahaiiii…

 To choose a lifepartner who do not perform salah regularly means that you are choosing a spouse who lacks self-decipline, responsibility and self-control as performing salah is actually obedience in practise. The strict regularity and discipline of prayer is unique for helping individuals to remove weaknesses and it builds one’s character by strengthening one’s discipline,obedience and love. Futhermore, salah trains oneself to be punctual according to the appointed time-phase prayer in five times a day:Subuh, Zuhr, Asr, Maghrib and ‘Isya’.

 “….establish regular prayer;for the prayer is enjoined on believers at sated times”(Qur’an 4:103).

“….maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”

One of the major characteristics of a person who performs salah without miss is that they tend to be calm in most situations. Or if they do feel anxious, it is usually short-lived. Hence they tend to be amongst the most focused person in the bunch and are able to solve problems efficiently.

” Indeed, mankind was created anxious. When evil touches him, impatient, and when good touches him, witholding [of it], except the observers of prayers- those who are constant in their prayer.

” Sungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah.Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyang.”  ( Al-Ma’aarij (70): 19-22)
 

Not forgetting how salah, if perfomed in jumu’aah, teaches a person to be socially skillful. It teaches tolerance, unity and coorperation.

 

A person who judges the ‘beauty’ of another person  from an Islamic perspective will always make it a point to look for a lifepartner who at least meninggalkan benda-benda yang haram. A man/woman who understands and tries to uphold the Islamic values in their everyday life will try to ensure that their spouse is someone who also tries to uphold the same values.

And this is where this ayat comes in:

Surah An-Nuur(24): 26:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

“Women impure are for men impure, and men impure for women impure, and women of purity are for men of purity, and men of purity are for women of purity”

 

Say you are a salmon lover and you are craving for a piece of salmon. Like really really really craving for it. You went to the market and saw rows and rows of fresh and fleshy mackerel. Would you buy a mackerel when your mind is set on a piece of salmon? Of course not. You would go from one market to another in search for just one piece of salmon wouldn’t you? I mean, I know I would!

The same thing with a true muslimeen/muslimat, they usually will not settle for simply anyone. They will try as much as they could to find and marry a pious lady/gentleman.

But the real question is…..are we pious enough?

Only Allah knows the answer to that. We can only strive to be a pious person as much as we could, but only Allah can judge our true level of imaan.

 

So ‘beauty’ is in the eyes of the observer. But I wouldn’t trust my own eyes to judge a person’s beauty. Especially since my eyesight is not a focused as it was once before. So I rather use the guidlines that Allah and Rasulullah have set for us in judging someone’s beauty.

It would be silly if we solely use our own definition of beauty in jugding a person’s quality/attributes, anyway. We would end up focusing on physical appearances only. I mean between a malay version of Brad Pitt/Angelina Jolie who never wakes up in time for Subuh prayers and a man/lady who prays five time daily without miss, who would you choose?

Hmm tough choice.

 A person who has one good quality (i.e. good looks) VS  a person who has more than 10 good qualities (i.e. Performs solah therefore s/he is deciplined, responsible, has a good self-control, punctual, calm, socially skillful, the list goes on actually)

Now who would you choose?

 

Tap your chest and ask your imaan (Tepuk dada tanya iman lah tu heheh).

So there you go people. I’m truly sorry that it took me ages to post this one up. It isn’t even a very thought-provoking post. But I felt that I need to post this one up pronto as I’m beginning to receive questions such as:

“What do you think of him? I like him actually…should I go for him?”

Not one or two…but quite a few asked me along the lines of the question above. 

My answer to this question really depends on what the questioner has in mind. If it’s marriage within a max of a year…not five!…then by all means, I don’t mind giving my two cents…..if it’s anything BUT that….then please let me just clarify that I do not support ’boyfriend and girlfriend’ okie. 

Hmm I thought I’ve made this clear eons ago…but oh well. :)

16 Comments
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Ahlan Ya Ramadhan (Just a quick post)

Assalamualaikum,

Quite a few birdie-s have complained to me that the ’soon’ that I mentioned in my last post is a weeee bit toooo long.

Afwan!

I still can’t finish my previous post….got loads of editing to do.

SO just a quick post yea…hehe.

My 7 year old niece, kaka N, have started fasting. It’s amusing seeing her sitting in front of the TV at 6.10pm for the past few  days, waiting for sungkai, with her arms around her stomach. Occasionally her eyes would dart longingly at her two younger sisters whom would be eating their dinner…..right next to her. …on her left and right.

But I think she’s beginning to get the hang of fasting. Around 5ish pm yesterday afternoon, I saw kaka N running around the house a bit too energertically. So I stopped her and asked “Kaka puasa masih kah?”

Kaka N: “Awu”

I smiled widely and gave her a hug, “Baguss.”

Kaka N: ” Kalau kaka puasa 30 hari…kaka kana bagi hadiah”

Me: “Aiiiii kaka puasa sebab hadiah ahhh…. mana boleh puasa sebab hadiah. Kaka puasa sebab apa?”

Kaka N: ” Ummmmmm…..Sebab kaka mau.”

Me: ” Iakan? Bukan sebab Allah suruh kan?”

Kaka N: ” Eh awu ahh…hehe…sebab Allah suruh jua.”

hehe.

Makin basar udah anak buah ku ani.

You know that proverb ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’?

I think it is important that we lentur our young children to do ibadah for the sake of Allah and not presents. If we do this right from the start, insyaAllah it will help them to understand the concept of ibadah as an act of worship and as well as,  as an act of adhering to the commands of Allah Al-Mighty. It will then lead them to the understanding the concept of sabar, tawakkal and redha. InsyaAllah.

Islam itu syumul…ia sungguh indah.

:)

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Beauty is in the eyes of the beholder…

….but who’s ‘eyes’ do you really want to please?

womens heart

Salaam,

Just want to say I’m alive and kicking. Alhamdulillah. Been busy as I got some special guests to entertain for the past few days and doing some other errands in between.:)

So will continue with this post soon.

But its MY standard of ’soon’ okie.

SO stay tuned. InsyaAllah

No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com
Create a Blog

Bad Behavior has blocked 167 access attempts in the last 7 days.